Memiliki produk yang berkualiti adalah satu perkara, tetapi mendapatkan visibility yang mencukupi bagi produk anda adalah perkara yang lain. Sebagai usahawan tempatan, anda mungkin sedang mencari cara untuk memperluaskan pasaran anda dan mendapatkan pengiktirafan yang lebih luas. Inilah peluang untuk meletakkan produk anda di Sense of Malaysia, ia boleh menjadi langkah yang tepat.
Sense of Malaysia berada di 4 lokasi lapangan terbang utama di Malaysia, termasuk di Langkawi, Pulau Pinang, KLIA2 dan Sabah. Ini merupakan destinasi yang strategik kerana menerima pelbagai pelancong dari serata dunia setiap hari. Dengan kedudukan yang strategik ini, produk anda berpeluang untuk dilihat oleh pelanggan antarabangsa dan tempatan yang menghargai kualiti dan keunikan produk tempatan. Selain itu, kehadiran produk anda di sini juga boleh memberi impak yang positif kepada imej jenama anda.
Jom bawa produk Malaysia melangkah ke persada dunia. Kami mencari produk unik anda yang berasal dari Malaysia untuk dipamerkan di Sense of Malaysia.
Dengan pelbagai kemudahan promosi dan pemasaran yang disediakan, usahawan dapat menikmati sokongan pemasaran yang komprehensif untuk meningkatkan kesedaran jenama mereka di kalangan pelancong dan pengunjung lapangan terbang. Sense of Malaysia bukan sahaja memberi anda akses kepada pasaran antarabangsa yang luas, tetapi juga dapat meningkatkan jualan anda secara signifikan. Statistik menunjukkan bahawa lapangan terbang di Malaysia menerima berjuta-juta pelancong setiap tahun, dengan jumlah ini terus meningkat setiap tahun. Dengan meletakkan produk anda di Sense of Malaysia, anda dapat menjangkau sebahagian daripada jumlah pelancong yang besar ini dan meningkatkan jualan anda.
Salah satu faktor utama yang perlu dipertimbangkan oleh usahawan yang berminat adalah kos sewa yang tinggi di dalam Lapangan Terbang. Bagaimanapun, melalui Sense of Malaysia ini, usahawan tidak perlu menyewa premis di lapangan terbang untuk menjalankan perniagaan. Ini bermakna usahawan dapat menikmati kelebihan visibility yang tinggi di lapangan terbang tanpa perlu menanggung kos sewa yang mahal. Sense of Malaysia memberi peluang kepada usahawan untuk mempamerkan dan menjual produk mereka di lapangan terbang yang terpilih, tanpa perlu menguruskan premis sendiri. Ini memberi kelebihan kepada usahawan untuk menjangkau pelanggan antarabangsa dan tempatan yang menghargai kualiti produk tempatan tanpa perlu menghadapi kos sewa yang tinggi.
Tahukah Anda?
DDEC adalah pusat sehenti reka bentuk terpilih dalam kalangan usahawan Malaysia untuk ke peringkat yang lebih tinggi. Pelbagai perkhidmatan yang disediakan dan sehingga kini seramai 36,000 usahawan telah dibantu oleh DDEC.
Panduan Memperkenalkan Produk Anda Kepada Pelanggan Antarabangsa
Apabila memperkenalkan produk kepada pasaran antarabangsa, terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami dan dipertimbangkan. Memahami aspek-aspek ini akan membantu anda mencapai sasaran pemasaran anda dengan lebih berkesan. Berikut adalah beberapa tip yang boleh anda gunakan:
1. Fokus pada Customer Experience:
Pengalaman pelanggan adalah elemen penting dalam mempromosikan produk anda kepada pelanggan luar negara kerana mereka langsung tidak tahu menahu tentang produk anda. Sebagai contoh, hasil kraf tangan “Tudung Saji”. Jika tiada apa-apa maklumat atau informasi atau contoh penggunaan “Tudung Saji” ini, para pembeli dari kalangan pelancong ini beranggapan ianya hanyalah sekadar cenderahati atau perhiasan gantung di dinding rumah.
2. Fahami Perbezaan Budaya
Memahami perbezaan budaya antara negara adalah penting dalam menyampaikan mesej pemasaran produk atau hasil tangan anda. Pastikan mesej anda tidak mengandungi unsur yang mungkin tidak sesuai atau menghina budaya sesuatu negara. Sebagai contoh, “visual rising sun”. Visual ini tidak disukai oleh pelancong dari Korea Selatan kerana sejarah negara itu yang pernah diserang oleh Jepun ketika perang dunia ke-2. Pastikan anda buat kajian yang mendalam terhadap sesebuah negara terlebih dahulu sebelum anda cuba memikat hati mereka terhadap produk anda.
3. Saiz dan Sifat Produk Anda
Jika produk anda terlalu besar dan berat, agak sukar bagi para pelancong membeli malahan ianya akan menambahkan lagi kos untuk ruang bagasi mereka. Contoh spesifikasi yang dibenarkan ialah bahan cecair yang kurang dari 100ml atau pastikan produk anda duduk di kategori Fashion, Wellness, Delicacies dan Craft.
Dengan memahami aspek-aspek ini dan merancang strategi pemasaran yang sesuai, anda boleh meningkatkan peluang untuk menarik pelanggan luar negara malahan meningkatkan lagi jualan produk anda.
Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC) adalah pusat sehenti reka bentuk yang ditubuhkan untuk membantu usahawan Malaysia dalam membangunkan jenama mereka untuk pasaran Malaysia dan meningkatkan potensi mereka untuk pasaran global. DDEC ialah sebuah anak syarikat milik penuh MARA di bawah naungan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).