Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC)
loading...

Malaysia: 10 Yang Pertama

(Source: https://www.britannica.com)

Perdana Menteri Pertama

Selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, Tunku Abdul Rahman, menjadi perdana menteri Malaysia yang pertama.

(Source: https://www.hmetro.com.my)

Kereta Tempatan Pertama

Proton Saga diperkenalkan pada tahun 1985 sebagai kereta tempatan pertama Malaysia dan dianggap sebagai pencapaian penting dalam industri automotif Malaysia.

(Source: https://www.pnm.gov.my)

Laluan Kereta Api Pertama

Laluan kereta api pertama telah dibina antara Taiping dan Port Weld semasa era Tanah Melayu pada tahun 1885. Pada tahun 1886, laluan tersebut dikembangkan ke Kuala Lumpur dan Klang dan kemudiannya laluan baru dibina antara Seremban dan Port Dickson pada 1891.

(Source: http://www.ilmuandarulaman.com.my)

Doktor Perubatan Wanita Pertama

Tan Sri Salma binti Ismail ialah seorang doktor perubatan Malaysia dan wanita Melayu Malaysia pertama yang menjadi seorang doktor.

(Source: https://www.malaysiakini.com)

Sekolah Pertama

Penang Free School ditubuhkan pada tahun 1816 dan merupakan sekolah Inggeris pertama di negara ini, yang diasaskan oleh Reverend Robert Sparke Hutchings.

(Source: https://www.um.edu.my)

Universiti Pertama

Universiti Malaya, atau UM ialah universiti tertua di Malaysia. Universiti Malaya telah ditubuhkan pada 1 Januari 1962. Pada 16 Jun 1962, Universiti Malaya meraikan pertabalan Canselor pertamanya, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, yang juga perdana menteri pertama negara ketika itu. UM terletak di kampus seluas 922 ekar (373.12 hektar) di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia.

(Source: https://themalaysianreserve.com/)

Hospital Pertama

Hospital Taiping dibina pada tahun 1880 dan dianggap sebagai hospital tertua di Malaysia. Dahulu ianya dikenali sebagai Hospital Yong Wah. Pada penghujung tahun 1880, Kerajaan Negeri mengambil alih tanggungjawab penuh ke atas Hospital Yong Wah, dan beralih ke lokasi semasa di Jalan Utama, dan dinamakan semula dengan Hospital Besar Taiping.

 

Ia merupakan antara hospital terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di Negeri Perak.

(Source: https://www.bharian.com.my/)

Pingat Olimpik Pertama

Razif dan Jalani Sidek merupakan rakyat Malaysia pertama memenangi pingat Olimpik untuk negara dalam Sukan Olimpik Musim Panas 1992.

(Source: AFP)

Rakyat Malaysia Pertama Memenangi Oscar

Michelle Yeoh menjadi orang Asia pertama memenangi anugerah pelakon terbaik di Oscar.  Kemenangan tersebut dianggap sebagai suatu kebanggaan dan inspirasi kepada semua wanita dan rakyat Malaysia.

(Source: http://www.meifong.org)

Rakyat Malaysia Pertama Menerima Pulitzer

Mungkin ramai mengenali anugerah Grammys, Oscar dan Nobel Prizes. Namun tidak ramai mengetahui anugerah Pulitzer. Ia merupakan anugerah dalam kewartawanan. Rakyat Malaysia pertama pernah menerima Pulitzer ialah Mei Fong, seorang kelahiran Kuala Lumpur telah menjadi pemenang anugerah Pulitzer dalam International Reporting pada tahun 2007.

Kami di DDEC Bangga Menjadi Rakyat Malaysia!

No Comments

Leave A Comment

VIEW
CLOSE