Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC)
loading...

Cuba Pengalaman Unik di Locca Cafe, Tempat Lepak Terbaik

Di dalam blog ini, anda akan tahu:

  • Pengenalan mengenai Locca Cafe
  • Hidangan makanan yang ditawarkan di Locca Cafe
  • Pelbagai minuman yang terdapat di Locca Cafe
  • Paparan mengenai reka bentuk dalaman Locca Cafe
  • Pautan sosial media dan laman web rasmi Locca Cafe

Pernah dengar tak Locca Cafe? 

Pengenalan mengenai Locca Cafe

Locca Cafe merupakan sebuah inisiatif pembangunan usahawan yang diperkenalkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA). Program ini menawarkan peluang emas kepada usahawan tempatan untuk mewujudkan dan mengendalikan kafe mereka sendiri dengan sokongan dari MARA. Melalui kerjasama ini, mereka dapat memanfaatkan kepakaran dan sumber daya MARA, yang membantu mereka dalam setiap aspek dari perancangan hingga pelaksanaan perniagaan. Dengan pendekatan ini, Locca Café tidak hanya menjadi tempat santai yang popular, tetapi juga menunjukkan komitmen MARA dalam memupuk dan memperkuat komuniti usahawan tempatan, memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan dalam kalangan usahawan muda dan berpotensi di Malaysia.

Nak makan apa di Locca Cafe?

Hidangan makanan yang ditawarkan di Locca Cafe

Locca Cafe adalah destinasi kuliner yang menggoda selera dengan hidangan lazat dari masakan tempatan, barat, hingga Asia. Dengan menu yang beragam, Locca Cafe menawarkan pengalaman kuliner yang memukau bagi semua penikmat makanan. Dari juadah tradisional hingga hidangan internasional yang menyelerakan, Locca Cafe menggabungkan cita rasa autentik dengan inovasi kreatif.

Setiap sajian disiapkan dengan teliti untuk memastikan kepuasan pelanggan. Dengan suasana yang ramah dan layanan yang hangat, Locca Cafe menciptakan memori menarik bagi semua pengunjungnya.

Nak minum apa di Locca Cafe?

Pelbagai minuman yang terdapat di Locca Cafe

Locca Cafe mempersembahkan pelbagai pilihan minuman yang mengagumkan termasuk Espresso & Coffee, Tea & Non-coffee, Smoothies dan Frappe. Dari kekuatan dan kesedapan espresso hingga kesegaran dan variasi yang ditawarkan oleh teh dan minuman bukan-kopi, tiada kekurangan pilihan di sini.

Untuk mereka yang menggemari kesegaran buah-buahan, smoothies menyajikan pilihan yang menarik, manakala bagi peminat minuman berkrim, sejuk dan lembut, frappe adalah pilihan yang pasti memuaskan selera. Dengan pelbagai pilihan minuman yang memikat ini, setiap kunjungan ke Locca Cafe adalah pengalaman yang memuaskan untuk penggemar minuman yang pelbagai.

Kenapa Locca Cafe ni tempat lepak yang sesuai untuk anda?

Paparan mengenai reka bentuk dalaman Locca Cafe

Reka bentuk dalaman di Locca Cafe terinspirasi dari jenama global yang ramai kenal. Gabungan gaya kontemporari dan industrial menjadi ciri-ciri Locca Cafe, macam trend terkini di kebanyakan kafe sekarang. Tambahan lagi, suasana dalam Locca Cafe ni memang chill habis. Dinding yang berwarna gelap seolah macam menyerap cahaya terang, buat tempat ni terasa betul-betul cozy.

Berkenaan ruang tempat duduk pula, sememangnya dirancang sebaiknya. Walaupun dalam keadaan yang penuh sesak, masih terasa selesa. Gambar dan grafik yang menonjolkan produk, identiti jenama, and budaya di Locca Cafe memang memberi kesan kepada pengunjung. Walaupun ramai mungkin berpendapat dinding-dinding Locca Cafe ini kosong, tetapi ruang tersebut dibiarkan begitu agar pelanggan dapat menikmati kopi, merenung jauh dengan aman tanpa merasa hidup terlalu hectic.

Kenali dan Cuba Tempat Lepak Terbaik, Locca Cafe

Pautan sosial media dan laman web rasmi Locca Cafe

Anda pasti sudah berminat dengan kepelbagaian makanan dan minuman serta suasana Locca Cafe yang telahpun dikongsikan di sini. Untuk kenali lebih lanjut dan tengok-tengok dahulu sebelum pergi ke Locca Cafe, anda sangat dialu-alukan untuk melayari sosial media di Facebook dan Instagram serta laman web rasmi Locca Cafe.

Tiap kafe pastinya menginginkan pameran produk dan perkhidmatan mereka dengan sepenuhnya tanpa mengabaikan keselesaan pengunjung. Justeru, DDEC telah menghadirkan sudut-sudut khusus yang dilengkapi dengan rak untuk memamerkan produk serta identiti jenama Locca Cafe dengan tatacara yang paling terperinci dan sehalus mungkin. LOCCA ditempatkan secara strategik di pusat perdagangan bandar, meningkatkan perniagaan. Sentuhan DDEC menghasilkan reka bentuk eksklusif dan berkualiti. 

Hubungi kami sekarang melalui WhatsApp di 019-222 3300 dan temui bagaimana kami dapat membantu anda. Lawati laman web kami di www.ddec.my untuk maklumat lanjut. Jangan lupa untuk follow, like, dan share Facebook dan Instagram ddecmalaysia untuk mengetahui tentang aktiviti kami.

Leave A Comment

VIEW
CLOSE