Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC)
loading...

Mengupas Rahsia Kejayaan: Nasihat Dari Veteran Bisnes

Perniagaan bukanlah sekadar mengenai jualan produk, tetapi juga tentang memberikan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi masyarakat. Ia melibatkan menjual kemahiran, bakat, dan potensi diri kita. Untuk mereka yang baru menceburi bidang ini, langkah pertama adalah memanfaatkan apa yang ada, sama ada dengan menjual barang terpakai yang masih memiliki nilai atau mencuba keberanian dalam perniagaan kemahiran seperti penulisan artikel atau seni lukis.

Ada banyak pandangan salah tentang perniagaan. Ada yang fikir jika mahu berniaga mesti ada modal yang besar. Tapi jangan salah faham, tidak semua perniagaan perlukan modal yang besar. Ada juga peluang perniagaan yang boleh diusahakan tanpa modal atau dengan bajet yang sangat rendah. Jadi, jangan risau dahulu tentang duit.

“Inti perniagaan adalah membeli barang dengan harga rendah dan menjualnya dengan harga yang lebih tinggi.”

Keuntungan maksimum! Antara banyaknya matlamat perniagaan, ini antara matlamat yang utama. Keuntungan yang semakin besar dari operasi perniagaan akan mempercepatkan perniagaan berkembang. Dengan skala perniagaan yang semakin meluas, keperluan untuk melibatkan lebih banyak pekerja juga meningkat. Secara tidak langsung, matlamat untuk mendapatkan keuntungan maksimum tersebut turut memberi peluang lebih besar untuk menyediakan pekerjaan dan membantu memajukan ekonomi setempat.

(Source: https://www.instagram.com/farmfreshmilkmalaysia/)

Perniagaan yang besar sememang punya kelebihan tersendiri. Jaranglah perniagaan yang besar terjerat dalam masalah kegagalan sebab kebanyakannya sudah stabil. Dengan banyak pekerja dan nilai syarikat dalam jutaan ringgit, memang tampaknya ‘terlalu besar untuk gagal’!

Jadi, dalam blog kali ini, kita dapat kongsi sepuluh tips hebat untuk memulakan perniagaan dari Puan Ainon Mohd, seorang guru perniagaan berjaya dari Malaysia yang juga usahawan dan penulis kreatif.

Memulakan Perniagaan Tanpa Modal

Perniagaan Tanpa Modal, Betulkah Ada?

Anda sedang mencari peluang perniagaan tanpa perlu melabur duit yang banyak? Cuba bayangkan, ada orang yang berjaya untuk mula berniaga tanpa modal yang besar! Mesti macam tak percaya kan? Tapi jangan risau, kami akan kongskan tentang beberapa jenis perniagaan yang boleh anda mulakan dengan bajet yang rendah atau hampir tanpa modal langsung!

Menjual Perkhidmatan: Perniagaan Tanpa Modal

Menawarkan perkhidmatan merupakan strategi bijak untuk memulakan perniagaan tanpa melibatkan modal besar. Ia melibatkan pemanfaatan kemahiran, pengetahuan, dan bakat yang kita miliki untuk memenuhi keperluan masyarakat. Pemula perlu mengenali kemahiran mereka dan memikirkan cara untuk menyediakan penyelesaian kepada masalah atau keperluan orang lain, kemudian memasarkan perkhidmatan kepada individu atau perniagaan yang memerlukan bantuan.

Contoh perkhidmatan termasuk:

  • Perkhidmatan baiki rumah
  • Menyanyi atau membuat persembahan jalanan (busking)
  • Perkhidmatan urutan badan
  • Penulisan kandungan (copywriting)
  • Perkhidmatan penyelenggaraan kenderaan

Dropshipping: Perniagaan Tanpa Modal

Dropshipping, di sisi lain, adalah model perniagaan di mana produk dijual kepada pelanggan tanpa perlu memiliki inventori atau mengurus penghantaran. Perniagaan ini melibatkan pembelian produk dengan harga yang lebih rendah daripada pembekal selepas menerima pesanan pelanggan, dan produk dihantar terus oleh pembekal kepada pelanggan atas nama penjual. Ini membolehkan perniagaan mendapat keuntungan tanpa melibatkan pelaburan besar dalam inventori atau pengurusan stok.

Contoh perniagaan dropshipping termasuk:

  • Menjual produk elektronik melalui platform media sosial
  • Menjual pakaian wanita di platform seperti Shopee atau Lazada
  • Menjual makanan dan minuman melalui platform media sosial

Perlu diingatkan, walaupun perniagaan tanpa modal sepenuhnya adalah satu cabaran yang agak sukar, ia masih memerlukan sedikit modal, namun jumlahnya kecil. Bagi yang tidak mempunyai modal sama sekali, disarankan untuk mencari pekerjaan sementara dan menyimpan sebahagian kecil gaji sebagai modal permulaan kecil untuk perniagaan masa depan. Ini juga dapat membantu membentuk disiplin dalam pengurusan kewangan.

“…..Apa yang kita suka, tidak semestinya ia baik untuk kita, boleh jadi perkara yang kita benci itu adalah yang terbaik untuk kita….”

Petua Berharga Sebelum Mula Berniaga

1. Ubah Cara Fikir Penjual Kepada Usahawan: Penjual sering memberi tumpuan kepada produk yang mudah dijual dengan keuntungan tinggi dan kos pemasaran yang rendah. Sebaliknya, seorang usahawan memusatkan perhatian pada pemecahan masalah masyarakat dan memastikan produk mereka relevan dengan khalayak sasaran. Ubah pandangan anda dari penjual kepada usahawan untuk menjadi lebih empati terhadap audiens dan menyediakan produk yang benar-benar menangani masalah mereka.

2. Kenali Pelanggan Masa Depan: Tidak cukup hanya memahami pelanggan yang sudah menggunakan produk atau perkhidmatan anda. Anda perlu memahami juga calon pelanggan yang mungkin menggunakan produk anda dengan peningkatan dan inovasi. Semakin banyak pelanggan yang diperoleh, semakin besar perniagaan. Meningkatkan pemahaman terhadap pelanggan masa depan adalah kunci.

(Source: Pixels.com)

3. Beroperasi dari Rumah Lebih Kos Efisien: Dengan budaya “kerja dari rumah” dan “kerja dari mana-mana” yang semakin berkembang, beroperasi dari rumah seringkali lebih menjimatkan berbanding beroperasi dari lokasi fizikal perniagaan. Ini membantu mengurangkan kos untuk pergi ke pejabat, pengubahsuaian pejabat, dan pembayaran utiliti bulanan dengan bekerja dari rumah.

4. Elakkan Berhutang pada Awal Perniagaan: Salah satu kesilapan kewangan yang kerap dilakukan oleh peniaga dan usahawan adalah berhutang dengan bank, keluarga, atau rakan-rakan pada permulaan perniagaan. Lebih baik bermula dengan modal yang ada dan menghindari berhutang pada fasa awal perniagaan.

(Source: Pixels.com)

5. Jual Penyelesaian Jangka Panjang: Tumpukan usaha pada mencari penyelesaian untuk masalah masyarakat yang lebih besar dan relevan. Cipta perniagaan yang menawarkan penyelesaian jangka panjang, menjadikan perniagaan anda relevan dan tahan lama.

6. Bentuk Komuniti Secepat Mungkin: Membina komuniti pelanggan lebih efektif daripada melabur dalam pengiklanan dalam talian yang mahal. Ini membantu mengurangkan kos pemasaran dan memastikan pelanggan terus menggunakan produk atau perkhidmatan anda.

(Source: Pixels.com)

7. Fokus pada Penyelesaian Masalah Masyarakat: Selesaikan masalah masyarakat sebesar mungkin. Semakin besar masalah yang dapat anda tangani, semakin besar nilai yang pelanggan sanggup bayar untuk mendapatkan penyelesaian tersebut.

8. Catat Aliran Kewangan Perniagaan: Dokumenkan semua aliran kewangan perniagaan dari awal. Kesilapan kewangan di fasa awal boleh menimbulkan masalah di masa depan.

(Source: Pixels.com)

9. Upah Pekerja untuk Tugas Rutin: Hindari kesibukan dengan tugas rutin yang boleh dilakukan oleh pekerja. Fokuskan usaha pada aspek-aspek yang memberikan keuntungan kepada perniagaan.

10. Perkukuhkan Margin Tanpa Meningkatkan Jualan: Salah satu kemahiran penting dalam perniagaan adalah meningkatkan margin keuntungan tanpa perlu meningkatkan penjualan. Ini dapat dicapai dengan mengurangkan kos operasi, bernegosiasi dengan pembekal, dan mengurangkan kos pemasaran yang tidak berkesan. Dengan cara ini, keuntungan dapat ditingkatkan tanpa meningkatkan jumlah jualan.

Hubungi DDEC sekarang melalui WhatsApp di 019-222 3300 dan temui bagaimana kami dapat membantu anda. Lawati laman web kami di www.ddec.my untuk maklumat lanjut. Jangan lupa untuk follow, like, dan share Facebook dan Instagram ddecmalaysia untuk mengetahui tentang aktiviti kami.

Leave A Comment

VIEW
CLOSE