Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC)No. 22, Jalan Kia Peng,50450 Wilayah Persekutuan,Kuala Lumpur, Malaysia+603-2161 9002+6019-222 3300enquiry@ddec.my
Sejarah Sendayu Tinggi bermula pada tahun 1997, kira-kira kini Sendayu Tinggi telahpun berusia lebih 26 tahun! Sendayu Tinggi menggambarkan perjalanan cemerlang jenama tempatan ini dalam industri produk herba dan kecantikan di Malaysia. Dengan penuh semangat dan keberanian, pengasasnya, Puan Rozita Ibrahim atau lebih mesra sebagai Bonda Rozita, telah membuktikan bahawa kejayaan perniagaan tidak terhenti pada modal tetapi melibatkan tekad dan usaha yang berterusan.
Permulaan dan Tantangan Awal
Bonda Rozita telah memulakan perniagaan Sendayu Tinggi dengan bermodalkan RM400 sahaja. Oleh kerana semangat dan keberanian beliau untuk mencuba dan mengambil risiko dalam perniagaannya, Sendayu Tinggi terus berkembang dan maju, bahkan boleh dianggap salah satu jenama tempatan yang berjaya dan dikenali ramai. Bermula dengan satu formula yang ingin dipasarkan, menghasilkan produk pertama, dan menjualnya secara kecil-kecilan di kalangan rakan-rakan.
Sumber: fuzajamaron.wordpress.com
Perniagaan jenama Sendayu Tinggi sewaktu ketika dahulu pada fasa permulaannya itu, tawaran besar sebanyak RM8 juta untuk mengambil alih perniagaan ini muncul. Pada mulanya tawaran tersebut diterima baik oleh Bonda Rozita dan disampaikan kepada anaknya, Noor Hayati Kamarzaman atau Yatie. Namun, tawaran tersebut tidak diterima kerana Yatie sendiri berpendapat, “Kalau orang itu sanggup untuk beli, kenapa? Maksudnya produk itu berpotensi.”
Generasi Meneruskan Warisan
Sendayu Tinggi kini diurus oleh anak perempuan Puan Rozita Ibrahim, iaitu Yatie atau lebih dikenali sebagai Yatie Sendayu Tinggi meneruskan ceritera kejayaan perniagaan Sendayu Tinggi. Yatie Sendayu Tinggi pada mulanya menyambungkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan telah menukar program pengajiannya kepada bidang pentadbiran perniagaan agar beliau dapat memastikan kesinambungan dan pertumbuhan Sendayu Tinggi.
Sumber: Yatie Sendayu Tinggi Youtube
Pemerkasaan Melalui Kilang Sendiri
Sendayu Tinggi merupakan salah satu jenama penjagaan kulit dan kosmetik tempatan yang mengusahakan dan memiliki kilang yang berstandard Good Manufacturing Practices (GMP). Bonda Rozita mengambil risiko dengan bermodalkan RM11 ribu untuk membuka kilang, dengan tujuan melindungi formula unik dan integriti perniagaan daripada tiruan atau bahan berbahaya. Inisiatif ini tidak hanya mencerminkan keberanian, tetapi juga tanggungjawab moral terhadap pengguna.
Sumber: Freepik
Yang pasti bukan mudah untuk mengusahakan dan memiliki kilang yang berstandard GMP tersebut. Sebelum usaha tersebut, tidak sampai 10 kilang yang berstandard GMP di Malaysia. Dengan bermodalkan RM11 ribu itu, mesin pertama yang dibeli ialah mesin ‘shrink wrap’. Terus mengumpul modal, kemudian dengan pembelian bangunan sendiri dan memulakan dengan permohonan pensijilan GMP. Selepas kilang tersebut siap, pemeriksaan dilakukan beberapa kali oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab.
Cabaran dan Pembelajaran dalam Proses Perniagaan
Ketika hendak mula mengusahakan kilang tersebut, Yatie telah mendapat beberapa pandangan yang mempersoalkan keinginannya untuk membuka kilang kerana kebanyakkan mereka yang membuka kilang akan bankrap. Ternyata terdapat kesulitan dan berbagai proses dokumentasi dan perlesenan yang perlu dilalui untuk kilang tersebut bertahan. Namun, Yatie mamandang proses tersebut sebagai proses pembelajaran mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) dan regulasi bagi menambah pengetahuan dan menambah baik kualiti produk secara berterusan. Bermula perlahan-lahan dari tahun 2004, Kilang Sendayu Tinggi sudahpun berusia 19 tahun.
Sumber: https://yatiesendayutinggi.blogspot.com/
Sendayu Tinggi Kini Megah!
Dari cawangan fizikal, penjualan melalui ‘reseller’ hingga dalam talian (online), Sendayu Tinggi kini memikat peminatnya dengan lebih 400 produk pelbagai jenis. Dalam butik eksklusif, karya Sendayu Tinggi berasaskan dari herba, penjagaan wajah hingga badan. Setiap produk bukan hanya hasil formulasi yang unik, tetapi juga sentuhan penuh kreativiti, dari reka bentuk hingga pemasaran, membawa pengguna ke dalam dunia kecantikan yang benar-benar istimewa.
Sumber: Sendayu TInggi HQ Facebook Page
Dengan pengalaman hampir 3 dekad, Sendayu Tinggi tetap menjadi ikon kejayaan bisnes tempatan. Kisah perjuangan Bonda Rozita dan kesinambungan oleh Yatie Sendayu Tinggi mencerminkan keberanian, ketekunan, dan warisan yang terus berkembang. Sendayu Tinggi bukan hanya jenama kecantikan, tetapi sumber inspirasi bagi generasi mendatang, membuktikan bahawa kesungguhan mampu mengubah mimpi menjadi realiti.